Kelas Canva & Media Sosial

29 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 28 September 2019 yang lepas, Pusat Internet Sibujaya telah mengadakan Kelas Canva & Media Sosial di bilik latihan PI Sibujaya. Seramai 7 orang peserta yang terlibat dengan kelas ini. Kelas berlangsung pada jam 9:00 pagi sehingga 5:00 petang. Kelas ini memberi pengenalan dan pendedahan dengan penggunaan aplikasi online Canva untuk membuat poster dan peserta juga didedahkan dengan penggunaan media sosial seperti Instagram & facebook.

Dengan pengunaan aplikasi Canva ini, ia boleh memudahkan peserta membuat suntingan gambar tanpa menggunakan aplikasi professional seperti Adobe photoshop untuk kegunaan peserta di masa yang akan datang serta dapat memberi pendedahan kepada aplikasi online yang amat berguna dan mudah untuk tujuan pegiklanan. Peserta juga diajar membuat poster, menyimpan dan memuat naik hasil kerja mereka secara atas talian dengan menggunakan media sosial seperti Instagram dan Facebook.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali